undang-undang itu hanyalah satu alat ukuran untuk mengukur niat

Tuesday, November 29, 2011

Monday, November 28, 2011

Tuhan tolonglah...

Hari ini ujian datang lagi... aku diam dan terus berdoa... suara itu datang lagi... suara yang benar-benar mengganggu aku... "Nah!!! minta lah lagi pertolongan tuhan... minta lah.. minta lah.." apakah suara ini mahu menghentikan aku daripada memohon pertolongan tuhan? atau ini suara tuhan yang mahu aku terus meminta lagi.

Tuesday, August 2, 2011

Kes Tuan Azrol

Subuh itu Tuan Azrol muntah-muntah memikirkan kes pergaduhan rumahtangga... Dia sayu memandang anak-anaknya yang sudah nyenyak tidur...fikirannya melayang mengenangkan kes- kes yang banyak dan ada yang belum selesai tuan Azrol sangat kepenatan.. Salah satu kesnya yang terbaru mengenai pergaduhan antara seorang Isteri mengadu suami dikatakan tak mampu beri sara hidup, lalu menyebabkan Sang Isteri mengambil jalan untuk jadi pelakon tambahan dan juga model ubat panau bagi menampung kehidupan dan perbelanjaan hariannya.

"Sembilan bulan sepuloh hari aku mengandungkan anak aku ni..takkan saya mai nak tengok pun tak boleh...lagi pun sayer ken ibu dieorang..." jerit Sang Isteri meronta-ronta didepan tuan Azrol dalam loghat Kuala Lumpur tetapi kekadang berbau loghat Kampung Jejawi Dalam Perlis.

"Hu Hu Hu..sepatutnya kes ni dah lama dah selesai.." Sang Isteri menangis sambil menghantukkan kepala ke dinding.. Tuan Azrol memanggil ibunya yang juga mengadu kena tumbuk oleh Sang Suami yang tak bertanggungjawab itu...

Melihatkan keadaan Sang Isteri yang tak tenang.. Tuan Azrol sangat kesian tetapi masih boleh kawal keadaan... Dia melihat Sang Isteri macam kena sampuk menangis terisak isak.. Tuan Azrol menyuruh pegawainya memanggil ibu perempuan itu yang berada di luar balai supaya segera datang menenangkan keadaan Sang Isteri yang semakin kuat menangis itu..

"Huaaa Huaaa ....Huaaaa" semakin kuat Sang Isteri menangis.."Mak Cik pergilah bacakan apa- apa ayat kat telinga anak makcik tu supaya dia tenang.. lagi pun saya ni lelaki.. Kalau terpegang nanti keluar tv ngan surat khabar susah ..lagi pun dia kan pelakon tambahan..media semua nak cari tumpuan kat bakat-bakat baru sekarang ni..lebih-lebih lagi kes skandal" Jelas tuan Azrol pada Mak Cik tua itu.

Maka semakin kuat pula tangisan sang isteri menangis..apabila ibunya datang memeluk..
"Mak Cik suruh dia bertenang.. bacakan ayat kursi kat telinga dia.. ini kat balai tak bole macam ni.." Perintah tuan Azrul.

Semakin kuat suara Sang isteri menangis dan meronta ronta.. seluruh isi balai memberi tumpuan kepada Mak cik tua dan anaknya sang isteri yang terguling-guling dan menghantukkan kepala dilantai..Ibunya memandang tuan Azrol penuh kesayuan...

" Tuan Tolong anak saya tuan.. saya ni tak tau sambil terketar ketar .. saya ni tak tau nak baca ayat kursi tu macammana.."

Tuesday, July 5, 2011

Cam ner nak Tulis..?

Hari 6/7/2011 anakku Nursufi... Jantung hatiku..menyambut ulang tahun kelahiran buat yang ke 9...aku sampai umah lebih kurang 5 pagi.. rebah badan atas sofa dan tenggelam jauh dalam koleksi Lagu Pink floyd .zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............hanyut dengan irama dark side of the moon.

Mata masih terpejam...Tiba-tiba terhidu bihun goreng..sedap baunya haruman itu masuk sedalam nafas panjang aku . Danial anak sulung aku hulurkan bungkusan bihun tu betul-betul kat depan muka aku. Time tu aku masih mamai...antara ilusi dan sedar. aku lihat danial lebih kurang gambaran shotnya Medium Close up ... focus danial , de focus bihun.... pastu de focus bihun focus balik kat danial dalam view level low angle. Wajahnya mulus suci yang tiada tandingan. Lengkap berpakaian kadet sekolah

"Papa.... danial bawak 10 bungkus bihun pergi sekolah..kawan-kawan pesan..bole juga tolong Tok Ma meniaga... ni satu untuk papa... danial belanja " Segala darah...terhimpun terus ke otak aku..aku terus segar dan bingkas bangun.

"Cikgu tak marah ker abang jual bihun kat kat dalam kelas.." aku pandang tepat kat Danial
"tak..cikgu pun pesan satu..lagi empat untuk kawan-kawan" danial jawab dengan selamba..dan aku rasa kejujuran itu.

"Abang tak cukup belanja kerr..papa ada duit nii..nah" aku hulur rm 10

"Tak payah lah papa.. Danial ada duit lah.. Sajer jer danial nak meniaga" jawapannya memang kanak-kanak... tapi sangat dewasa

Nursufi muncul dari belakang danial.. pakaian pengawasnya kemas... comel ...terus aku ucapkan "selamat hari jadi sayang...heppy birthday to you..." mulut aku busuk dan berbau.. aku kontrol bau busuk tu supaya tak sampai kat mereka berdua yang sangat comel dipagi hari.. maklum la baru bangun tidur...aku lihatDanial dan sufi seolah olah memahami kehinaan itu...mereka macam faham kenapa aku busuk dan kaitan dengan tak mandi dan bekerja di malam hari..

"Adik (Nursufi) ...papa minta maaf ya...sempena hari jadi adik nii.. papa minta maaf ..apa yang kurang dari papa untuk adik..."

Nursufi berubah wajah... dia terus peluk aku yang dalam keadaan busuk tu...

Perasaan itula yang aku cuba tulis.. tapi tak dapat

Monday, July 4, 2011

Surat Khabar Lama

Pelik... benda yang diucap dan yang diperbuat tak sama.. kira macam cakap tak serupa bikin... mulut mengaku "aku naik saksi"... tapi atas dasar apa penyaksian itu...naik apa?.. bila?.. kat mana?.. macam burung kakak tua...burung kakak tua tu kira ok laa..tak laa kasar sangat..tapi sama la kategorinya...kategori binatang... tak berakal fikir... yang di sekeliling aku ni pun ramai juga yang nak menakutkan aku ..."kau tak bole fikir sampai macam tu...nanti jadi kafir...gila kau nanti" Wahhh sedapnya menasihatkan aku dengan penuh hikmah...tapi relax jerr..sebab aku masih nak cari bodoh aku... aku yakin pasti ada jawapan ...tapi aku tak keliru..harus lu ingat tu...tak payah la nak bersimpati dengan kepala otak aku ....fikiran aku....aku bebasla..nak fikir apa pun...cuma... kalo nak ole-ole untuk di fikirkan..percayalah...bahawa kegelapan itu sebenarnya tak wujud...korang selama ni kena tipu... tapi tak sedar ... sebenarnya yang ada hanyalah ketidak hadiran cahaya...sekali lagi aku nak cakap... kegelapan itu sebenarnya tak wujud..yang wujud hanyalah ketidak hadiran cahaya